Tuesday, February 9, 2010

Siapa Tahu HUjungnya Kita?

Tetiba rasa nak sangat update blog ni. Biasanya just rajin baca blog org jer. Hari ni pon nk update mengenai aku terbaca sebuah blog kenalan baru ku kini. Kawan2 bacalah kalau berkesempatan http://masafzal.blogspot.com/ . Bagiku it is inspiring and touching.

~ teringat nikmat yang telah Allah berikan padaku yang tak kusyukuri. Astaghfirullah.

Sunday, January 31, 2010




ahli team makan-makan..yumy..tgk perut semua keluar..hahaha

Untuk itu, post kali ini nak menceritakan sebabnya ak menjadi 'tembam'. Bertemankan 2-3 orang makhluk kaki makan macam abang dayat, kaka, yazid n syahmi memang sangat menggoda iman aku. Nafsuku memang tiada lain iaitu MAKAN DAN MAKAN. Mereka ni bukannye anak orang kaya pon tapi pasal makan kitorang takkan berkira. So kali ini akan aku ceritakan pasal hobi makan2 aku di SEOUL GARDEN, BANGSAR.

tersengih makan sayur..

Seoul Garden ni kedai makan buffet yg main dish die is BBQ n Steamboat. Banyak gile r n paling penting is sedap!! Makanan mentah dan marinade tu kitorg grill sendiri atas pan.


masak-masak dan makan..


So masuk dari kul 8.30 malam sampai la 10.30 malam. Makan, makan. makan dan makan..

Kat dalam kedai ni xyah malu-malu sebab semua org pon kaki makan gak.
Kalau nak cube boleh la. Bayarannya is RM40++ la utk satu kepala.

Lepas habis makan dan dengan perut keboyotan..kitorang memasing pulanglah ke kolej..Masuk dalam teksi je kitorg terus cakap dah x kenyang balik. Ermm..sampai kolej tgh malam tu kitorg makan lagi..hahahha.. Seswai la ngn title perut anaconda memasing.


Ketika menunggu teksi dengan perut yg boyot..

Sekian.

Saturday, January 30, 2010

Musim Yang Panas


Logo Uni. Malaya yang disayangi



Umur aku sudah mula menghampiri 22 tahun.. Mula dewasa katenye. Orang kita kate usia yang sudah boleh fikir. Kedengaran gak bunyi-bunyi nakal mengatakan boleh kahwin. Ermm.. lantaklah. Usah ambil pusing ape kate orang. Pada aku dan mungkin pada sesetengah orang 22 atau lebih menandakan pemberian kuasa memilih kuasa. Kuasa mengundi org berkuasa. kekadang terfikir "sekarang YB2 kena takut dengan orang kerdil cam aku ni".Angan - angan dah tinggi melangit aku ni..hahha.


logo kedua-dua kem mahasiswa..



Melihat pada umur ni , baru aku sedar dah masuk tahun ke 4 aku di Univesiti Malaya tercinta ini. Universiti yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia dan itu termasuk aku sendiri. Menurut THES World University Ranking , Uni aku duduk ni berada pada tangga ke 180 terbaik dunia dan terbaik di Malaysia. Walaupon bukanlah sangat membanggakan tetapi cukup baik jika di ambil kira pencapaian bagi negara membangun. Ramai pihak mengaku bertanggungjawab di atas prestasi yang membanggakan ini. Tidak terkecuali pelajar-pelajar pengajian sarjana muda seperti aku ini.



~nilah gambar ketika malam pengumuman tahun 2008/2009 (Pro M menang ! dan Calon yang aku wakili gak menang!)..Semangat~



Orang kata rumah siap tukul dan pahat masih berbunyi. Itulah ibaratnya Uni. Malaya ni. Politik tak pernah sunyi menguasai suasana. Kem ini mengatakan begini, kem itu mengatakan begitu dan sebagainya. Semua nak bercakap tapi siape nak dengar pulak? Keadaan sekarang di Universiti tertua di Malaysia ini tak ubah macam politik Malaysia. Asyik bertegang urat dan menyalak antara satu sama lain. Yang mendapat kelebihan pulak tak reti-reti berhenti menghanjing pihak satu lagi. Yang kalah tak pula reti-reti bawak bersabar. Aduhai, alangkah murahnya nilai ukhwah di mata masing-masing.





~mahasiswa menuntut Pilihanraya yang bersih. Sekadar tuntut..bukannya tuduh kot..hehehe
~kalau x buat salah jangan lah terasa..


Pilihanraya Kampus Uniersiti Malaya ini tak pernah sunyi. Masuk PRK kali ini dah 4 kali aku menyaksikannya dan tiga kali aku mengundi. Secara amnya tahun lepas ialah tahun paling panas. PRK baru-baru ini pulak suam-suam kuku je. Mungkin kedua-dua kem kurang isu yang betul-betul PANAS!. Secara mudahnya, aku memang penyokong pembangkang di Universiti Malaya ini tetapi aku tidak extreme. Seriusly, aku bukan nak membangkang pon. Yelar, yang dibangkang pun kawan-kawan sekampus. Kalau jumpe saling bertukar senyuman. Takkan kerana politik kampus ini aku nak bermasam muka? Which is not me lar..


Cuma sedih kerana tak semua orang paham konsep meraikan perbezaan pendapat. Setiap manusia memang mempunyai cara berfikir yang berbeza. Itu adalah fitrah tetapi yang kalut malut kita menghina pemikiran orang lain ni kenapa pulak kan?Aiyoyo..!!


Ape-apehal pon keputusan telah dibuat. Undian telah diberikan oleh mahasiswa. Pada yang menang selamat bekerja dan pada yang kalah berikanlah sokongan pada yang menang. Kalau mahu bantah keputusan silakan tetapi buatlah pada jalan yang betul. Jangan emosi dan bersedih ( la tahzan)..dan jangan marah kerana marah itu ialah jarum-jarum syaitan.

_





~ Keputusan PRK Penggerak : 21 kerusi
Pro Mahasiswa : 17 kerusi
Bebas : 3 kerusi


** Akan ingat kenangan Pilihanraya Universiti ini sebagai memori terindah.




bersatu lah demi kebahagiaan bersama.

Saturday, January 23, 2010

Novel

Bersawang sungguh sudah blog aku nie. Maaf diminta kepada sesiapa yg kadangkala menjenguk ke blog aku yg x seberapa ni. Bukan niat di hati utk membiarkannya bersawang tapi kekangan masa dan kemalasan melanda. (padahal memang malas pon)

kebelakangan ini aku ade hobi baru. MEMBACA NOVEL. Dalam bulan nie saje aku berpeluang membaca lebih daripada enam novel. Banyak sangat tajuknya sampai aku tak ingat. Aku bukanlah peminat novel tegar sebelum ini. Cuma kadang kala apabila ada masa yang teramat lapang, barulah aku akan meluangkan masa membeli dan membaca novel. Pilihan novel aku kebanyakannya berbahasa melayu.

Bukan tidak terfikir ingin membaca novel berbahasa Inggeris tetapi aku sendiri tahu keupayaan ak berbahasa inggeris yg lemah ini. Bila baca 10 muka surat mata aku rasa nak terpejam aje. Feeling kurang jadinye. Bercerita mengenai novel ni, ak ni jenis yang suke tanya org novel ape yg patut ak baca. Yelah kekadang ade penulis yg klise menghidangkan bahan bacaan tyipikal cinta. Walaupon pada hemat aku penulisannya bagus dan sampai kekadang aku mengharapkan sesuatu yg lebih. Nanti melayang free je duit ak membeli novel yg tak seberapa.



Memilih novel utk dibaca memerlukan pengamatan yag teliti. Kebiasaannya aku memilih novel yg ditulis oleh penulis2 yg terkenal dengan kelainanpenulisan mereka. Penulis seperti Ramli Awang Murshid, Norhayati Berahim dan Faisal Tehrani selalu menjadi pilihan. Setiap seorang memliki kelebihan tersendiri. RAM sangat teliti dalam plot serta sarat dengan mesej. Himpunan dari novel ADAM, TAMBIRuO, UNGU KARMILA dan terbaru Siri BAGAI PUTERI, CINTA SANG RATU dan terbaru sekali ialah 9 NYAwA. Pada aku RAM versatil dan plotnye susah diduga. Kawan kawan kalau ade kelapangan ak nasihatkan boleh beli novel2 die ni.

Cerita nie ade 3 siri..so nk paham kena beli dari Bagai Puteri

9 Nyawa , macam mitos nyawa kucing plak..



Penulis baru yang singgah dalam senarai penulis paberet aku ialah Siti Rosmizah. Aku sejujurnye tak pernah pon baca novel die ni. Aku terbeli pon secara tak sengaja time aku keluar ke Mid Valley hari tue. Yang bestnye cerita nie ialah bile terbaca je satu ayat kite akan terus membaca sampai habis. Aku x pernah marathon membaca novel and this is the first one. Aku baca pukul 12 tgh hari sampai la kul 11 malam dengan segala macam emosi.
the Must Read Novel of The Year

Novel CINTA KAU DAN AKU ini menceritakan mengenai cinta Farisha dan Farish yang sangat buat aku ketawa dan menyayat hati. Kisah dorg nie ak ingatkan simple je memula sbb jumpe2 pastu kahwin.Pastu nocel cerita macam mane cinta selepas kahwin. Aih, ni jarang berlaku dalam novel. Aku nak cerita kat sini pon x thriill nanti tapi jujurla ak katekan kt kekawan semua this novel IS MUST READ NOVEL. X pernah ak baca novel sampai air mata aku meleleh2 keluar tak berhenti. Malu seyh ngaku nanges tapi itulah hakikatnye.

Kalau kekawan nak pinjam boleh je tapi satu hari je r.. Skrg pon novel tu bukan kat tangan ak buat masa nie. Papepun kalau boleh beli r sendiri, sayang nk kasi org pinjam ni.Hhehehehe

~kalaulah membaca novel nie se best membaca nota2..

Thursday, October 15, 2009

Inilah Pertamanya


Whenever I read friends blog I used to read many post regarding ambition and their current studies. Today when I wake up in the morning I come out with something. Life has to go even though we don’t like it. Life has to be continue even though a lot of obstacle I facing.

This is my first time realizing that I never wrote such thing like ambitious. Does it mean I do not have meaningful ambition? What had happened to me after all brilliant phase? And why must now I realize I have no more fate in what I’m doing now?

OMG. It is so pathetic! I am already doing my first degree for at least 2 year with one more year to go. Today morning I read Cambells (a university biology text book from a friend) and I found it is so interesting! OmG why I can’t find that feeling while reading a Geology text book? Looking to the book itself made me sleepy.

But confusion rise back to my mind. If I don’t like Geology why my result is as same as other whose struggle looking into the books? What is it all mean? Am I still compatible with learning Geology?Arghhh..!! Should I do something that I don’t like with?
Looking into rock like the rock has something wrote on its surface? Mingle with soil like it can fertilize my brain? Reading text book which has a lot of new things to understand. I don’t have a firm basic but been ask to do a review of international journal? It is so sad.

Erm..btw. All this mumbling is not written to gain your sympathy or something. To satisfy myself only.

P/s : kalaulah aku ambil course yg aku suke dulu..erm..sigh

p/s : kalau anda masih belum terlewat utk memilih..pilihla mengikut minat sendiri dan bukan kerana money nye. Or else u'll regret in the midle of the road n the money gone!

Tuesday, October 13, 2009

Mereka

Malam belum larut ini mengingatkan aku padamu.Angin datang menyapa membuatkanku teringat kenangan lalu. Kau dan aku pernah dalam satu. Kau dan aku pernah dalam senada.
Kita tak sama walau hati kata seia.

Kau sahabat ku walau kadang aku keliru. Kau pejuang di mataku walau kadang kataku dahulu menghunusmu. Kau tetap dekat denganku walau jasadmu jauh. Hakikat tetap hakikat.
Tidak pernah kulupa hakikat persahabatan ini.

Persahabatan kita ibarat sebutir gula. Kau dan aku sama sama gula.Tika di tangan ku, kau hanya sama sebutir serbuk jernih. Jika ku jilat kau terasa manis. Kau hilang dari mataku tapi rasamu kekal bersamaku.

Walau ketikanya kau dihurungi semut. Aku tidak rela. Perlukah aku kamu sedang kamu memang sama punyaku? Namun hatiku picis. Kau ku biar pergi walau hatiku pedih.

Kini kau sudah tiada. Jauh benar dari mataku. Ufuk memisahkan kita.
Dulu kini tidak senada. Dulu kini tiada satunya.
Kita berbeda.

Semut kini sudah mati.bersama harapanku yang sudah mati.
kenanganku menginginkan kamu semula. Persis aku tidak upaya.
Kamu tidak mungkin mahuku kembali
Aku hina dalam seksa.
Persahabatan ini tetap ku tinta
Kejap dalam kesuma.

Biar masa mengubah segala
walau maut jadi penawar.
Kerna aku tidak pasti
apakah aku mampu tunggu disini
Agar persahaban ku kini kembali.

p/s : Puitis ini khas utk sahabatku yang satu2 nya kurindui setiap masa.
Namanya biarlah menjadi rahsia. Tapi ak x akan lupa pesanannya.
"tujuh manusia yang akan dilindungi di hari akhirat kelak antaranya
Dua orang pemuda yang berjumpa dan berpisah kerana Allah"

Kisah Bersama Yahudi

Semalam ana(aku) didatangi seorang kawan. Membuka cerita yang jarang bagi seorang mahasiswa seperti ku. Kerana ak betah dengan umpatan. Kini datang cerita pedoman.
Yang membawanya bukan lain. Mereka yang selalu bersama mengayam. Mungkin kerana kali ini lain. Cerita Rab menjadi bualan.

Permulaan kisah membuahkan persoalan. Islam agama yang penuh nilai keharmonian.
Agama yang menuntut kasih saayang. Adakah benar kita harus membenci seorang hanya atas pada nama? Maka persoalan cuba dirungkai. Memang agama Islamku agama suci agama penuh rohani. TEtapi jangan berikan komplikasi dalam pemikiran dan pemahaman. Biar ana perjelaskan.

Yahudi. menyebut namanya sudah membibitkan benci. Dendam umat yang sangat mendalam pada mereka. Yahudi kaum yang x pernah ku jumpa di alam realiti tetapi namanya menari nari di cupingku saban hari. Maka bolehkah aku membenci dia hanya pada nama seorang Yahudi? Jawapannya ak masih kabur memandangkan ilmu yang ada hanya sejentik. Tapi aku cuba berusaha. Teringat kisah suatu ketika dahulu tika aana pernah menimba ilmu.

Yahudi ialah mereka yang lahir dari keturunan bani israil. Menganut agama samawi yakni agama suci dari Ilahi. Diturunkan Allah dengan kitab Talmud. tetapi sedih kerana mereka mmg kaum ingkar. Turunnya agama islam dan Alquran membimbing kita menceritakan pembohongan yahudi ini. Telah Allah janjikan bahawa tiada hidayah bagi kaum terlaknat ini.
Maka jelas Islam tidak boleh berbaik dengan Yahudi.

Berikut ialah artikel yg dipetik dari sebuah blog:

“Hanya orang-orang Yahudi yang manusia, sedangkan orang-orang non Yahudi bukanlah manusia, melainkan binatang.” (Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a)

“Orang-orang non-Yahudi diciptakan sebagai budak untuk melayani orang-orang Yahudi.” (Midrasch Talpioth 225)

“Angka kelahiran orang-orang non-Yahudi harus ditekan sekecil mungkin.” (Zohar II, 4b)

“Orang-orang non-Yahudi harus dijauhi, bahkan lebih daripada babi yang sakit.” (Orach Chaiim 57, 6a)

“Tuhan (Yahweh) tidak pernah marah kepada orang-orang Yahudi, melainkan hanya (marah) kepada orang-orang non-Yahudi.” (Talmud IV/8/4a)

“Di mana saja mereka (orang-orang Yahudi) datang, mereka akan menjadi pangeran raja-raja.” (Sanhedrin 104a)

“Terhadap seorang non Yahudi tidak menjadikan orang Yahudi berzina. Bisa terkena hukuman bagi orang Yahudi hanya bila berzina dengan Yahudi lainnya, yaitu isteri seorang Yahudi. Isteri non-Yahudi tidak termasuk.” (Talmud IV/4/52b)

“Tidak ada isteri bagi non-Yahudi, mereka sesungguhnya bukan isterinya.” (Talmud IV/4/81 dan 82ab)

“Orang-orang Yahudi harus selalu berusaha untuk menipudaya orang-orang non Yahudi.” (Zohar I, 168a)

“Jika dua orang Yahudi menipu orang non-Yahudi, mereka harus membahagi keuntungannya.” (Choschen Ham 183, 7)

“Tetaplah terus berjual beli dengan orang-orang non-Yahudi, jika mereka harus membayar uang untuk itu.” (Abhodah Zarah 2a T)

“Tanah orang non-Yahudi, kepunyaan orang Yahudi yang pertama kali menggunakannya.” (Babba Bathra 54b)

“Setiap orang Yahudi boleh menggunakan kebohongan dan sumpah palsu untuk membawa seorang non-Yahudi kepada kejatuhan.” (Babha Kama 113a)

“Kepemilikan orang non-Yahudi seperti padang pasir yang tidak dimiliki; dan semua orang (setiap Yahudi) yang merampasnya, berarti telah memilikinya.” (Talmud IV/3/54b)

“Orang Yahudi boleh mengeksploitasi kesalahan orang non-Yahudi dan menipunya.” (Talmud IV/1/113b)

“Orang Yahudi boleh mempraktikkan riba terhadap orang non-Yahudi.” (Talmud IV/2/70b)

“Ketika Messiah (Raja Yahudi Terakhir atau Ratu Adil) datang, semuanya akan menjadi budak-budak orang-orang Yahudi.” (Erubin 43b)

Tetapi adalah jelas bagi mereka yang telah menerima hidayah Allah untuk menerima Islam, mereka bukan lah dari kaum yahudi.

Wednesday, October 7, 2009

Hatimu atau Hatiku ?

Kita suatu masa bersaudara
Suatu ketika makan bersama
Walau mungkin bukan oleh jasad kita hari ini
Tapi pasti oleh moyang kita dahulu kala

Hubungan kita ibarat menampung emas cair
Panas dan membara
Sebarang unsur kesilapan membawa rugi dan padah
Tapi masih ia sangat panas
dan terpaksa kita berkorban diri
Demi menjaga hubungan ini

Entah mengapa kurasakan
Kocakan semakin kuat akhir ini
Aku masih cuba menampung
dalam sengsara
Kerana kita pernah bersaudara
Tetapi kau semakin kuat menguji
Aku sabar

Indonesia
Kita mengatakan serumpun
Sedarah dan seUgama
Tetapi mengapa harus kau kocak lagi hubungan sedia ada
aku masih lagi tabah

Tetapi tabah dan maruah ada bedanya
Kau bisa uji tabahnya Malaysia
tetapi bukan uji maruah kami

Maaf buat saudara ku di indonesia
Sesetengah kalian benar2 sudah melampau
Keamanan kami hulur
perang kau lemparkan
Ingatlah Allah akan semakin marah
pada Kaum yang tidak bersyukur.

Walau begitu semua pihak harus bertenang
Doa ku panjatkan
Agar kau sedar
Betapa hubungan ini harus dijaga.

ps~ mendapat berita bahawa hari (08 oktober 2009) ini ialah hari yang diuar uarkn bahawa rakyat indonesia ingin menyerang Malaysia. Walau kemungkinannya tidak pasti, harap semua orang berhati2. Doa lah pada Allah semoga selamat sejahtera.

Tuesday, October 6, 2009

Cinta Ialah ......



Pernah suatu hari ketika aku di alam remaja aku ditanyakan apa itu cinta?
Aku tidak betah menjawabnya kerana aku bukannya orang yang selayaknya. Pengertian cinta buatku terlalu cetek dan sempit.Umpama bunga yang baru berputik, aku paham benar sebab diatas kesempitan itu. Saat aku mula bertunas , aku masih duduk dibawah halangan dedaunan teduh. Masa yang akan mematangkan. Maka aku berdiam dan terdiam.

Lalu angin-angin berhembus pundakku. Sungguh halus semilir itu.Di ulit2 seluruh tubuhku. Aku bahagiadan Aku mula bertanya..adakah ini cinta? Kau sejuk dan mendamaikan aku. Lalu aku menjerit..Pawana! Aku cintakan kamu!

Semakin aku menjerit..semakin jauh angin angin itu pergi. Sejauh aku melihat perginya suaraku. Aku bingung.Apakah kerana aku yang belum berkembang ini puncanya aku ditolak sebegitu rupa? Dalam diam aku menangis. Kau cintaku selamanya.

Hatiku bertambah pedih mengenangkn daun yang memayungiku sudah tiada. Panas kuhadapi siang hariku. Aku kau jerihkan dengan habamu. Hampir aku menyesal mahu mati mengenang kehidupan yang susah ini. Aku benci kamu matahari.!benci!! Mana angin si cintaku?

Rupanya bukan selamanya ak merana. datang awan membawa hujan. Aku dicurah2. Terasa segar sampai ke benakku. Hatiku mula diulit bahagia semula. Kini hujan pembersih lara. Kau cinta baruku. Mari kita bersatu.. Tapi bahagiaku tidak lama. Kau ku hilang dalam pancaran mentari. Mentari kau bunuh cintaku. Aku benci kamu..

Masa mematangkanku. Aku bersyukur. Kini aku sudah cukup cantik. Kini aku sudah tegar.
Aku mendambakan cintaku saban hari. Pada waktu yang sama aku semakin menyimpan benciku pada matahari. Saban hari ku cerca dia. Matahari semakin menjauhiku membawa cintanya padaku. Aku puas.
Menjelang matahari hilang dari pandangan. Angin mula kembali menjengukku.
Hatiku dilambung bahagia.. Cintaku yang telah lama pergi kini kembali.
Rupanya angin datang juga bersama hujan.
Maka hatiku kembali berbunga bunga. Ooohh tuhan. Bahagianya.
Aku bercinta dengan kedua duanya. Indah sungguh aku dibuai mimpi.
Sedarku dari lamunan kelopakku hampir hancur. Pundakku mula membusung.
Tangkaiku semakin goyang. Ini semua kereana cintaku pada angin dan hujan.Aku menangis.
Sekuatnya..matahari kembali. Lalu dibunuhnya angin dan hujan.
Aku semakin hiba. Rupanya cintaku pada angin dan hujan hanya sementara.
Kini aku didakap matahari dalam pelukannya yang hangat.
Kini ku sedar yang cinta ialah... pada mataku mereka yang sering menyakitiku padahal merekalah yang selalu menyayangiku.
Emak Ayah..adik..
n My bestfriends.. I love U..

Tuesday, August 4, 2009

Soal Siasat Gembar Gembur Anak Seni.

bergambor di DBKL..wow..vangge nye. ~,~

Cewah.! Entah mane la yg seni nya ak ni pon tatau la.Ak pon pelik bile baca tajuk malam ni. Sebenarnya post kali ini cume sbgai laporan awal jer ttg ape yg kitorg dah buat utk FESENI tahun nie. huuuuuhaaa..ngantuk la plak.. rase nk tido je ni.. Argh.. tp I nk cerite gak

Xeritenye cenggini.. hr tu pas ak conform jd Timbalan Pengarah FESENI 4th utk taun 09 ak telah di sms oleh shida. Katenye ehh tulihnye di dalam mesej tu nk ajak ak n dak2 laen g tgk Festival Tari Kebangsaan @ FSK 09 di audi bandaraya. Tp mslh nye awat la msj ak dah petang2 cenggini..Ye r ,,susah nk ajak budak2 laen. Maka plannye ak nk ajak syahmi dengn dikwan je. Tp stull ad masalh.. batang idung sorang pn x nampak. Yelah...kelas la gamaknye. Tunggu nye tunggu las skali syahmi balik ak pon ape la lagi. Berhikayat merong mahawangsa lah menjemput die join. Setelah mencapai persetujuan si syahmi ni i pon msj la shida. Dan2.. x jdi pulak tp dah tuhan kate boleh maka i pon teringat la yg FSK ni 3 hari. So setelah bermesyuarat sepurnama..maka kata sepakat dicapai. Rombongan akan dihantar pada hr khamis (yakni mlm esoknye).Eceh macam nk g minang la plak kn..hahaha



dak2 ni upenye yg buat kaki syahmi..huhu

Maka hendak utk dijadikan cerita lebih menarik maka berlakulah peristiwa yg tidak di duga. Pada malam purnama hari rabu itu.. Mak dan kaum2nye telah mendengar berita sedih dari dikwan dan mak dayang syahmi. "Hanya darah yg kelihatan. syahmi ku lihat berlumuran darah." Part ni hyperbola skit r ea. Eksiden katenye. Adoyai. Ni mesti mate dok usha jejan kan? Sodeh cerita syahmi ni kan. Nasib baek la dikwan xde ape2. Dan yg plh sedih pastilah Papa yazid sebab motor die yg eksiden tue.. melayang duet ko zid..


Rombongan melintas jalan...erk??


tik tok tik tok.. Malam soknye sampai.. Mujur la berita pemergian rombongan ini sampai ke pengetahuan rakyat jelata walau x semua yg tahu.. Maka dengan sukenye hati i bile mendapat perkhabaran yg ramai mahu pergi. Janji pon dimeterai : kite berkumpul di kafe istana pukul 8. So.ak dngn sabornye menunggu sekor2 nk siap. Ade la 11 org pergi..
Mak esan,, mak syahmi.. mama dila.. makcik lina.. dikwan,, murni. zatie.. zaquan.. nasrul. dan razi menyertai rombongan cik kiah kali ni.

ni la memasing time tgh tunggu teksi..aiyo

Entah kenape rombongn kli ni susah skit.. naik bukit turun bukit.. naek teksi turun bas.. n mcm2 lagi.. ehh.. ape la i merepek ni. tade r.. ni nk cerite ni betapa buruknye perangai pemandu teksi kt msia ni. tatau r ape masalahnye sampai susah sangat nk anto kitorg g bandaraya tue. Dari sorg ke sorg tunggu. dah tu nk tahan pun sikit punye r susah.. I hulur tangan lentik die buat dan. Dila senyum sampai tunjuk gigi pon x layan sgt. Dikwan plak siap pose angkat kaki kebelakang lg..hurm,. x dan semuanye. Rase nk je ak yg bawak teksi kt msia ni. xde r semua org susah.kenz?



so kitorg naek kt stesen u turun masjid jamek n terus keaudi. ape la malang nasibnya hamba, masuk2 je xde lgsg tmpt duduk.. terpakse la ak meninggung je. haish.. rase hilang kaki kejap. tetibe insap skjp sbb rase camne susahnye jd org kurg upaya..isk3. Tapi tu kejap je.. dah name pon mek..ne de insap lame2 dik oi.. Sbb byk persembahan gempak2 gile . Tidak ku sangka budaya melayu ni kaya sungguh. Berase bertuah plak jd rakyat msia ni.. mak vangga nox!!


atok ni menari sewang ea?

Well.. nak tambah best cerite ade la selingan kelako dari pakcik2 batu pahat ni. Nak tergolek2 org dalam audi ni gelak tgk gelagat budak eh org2 tue ni. X boleh mak bayangkan mak ni berzapin kt atas pentas cenggitue. Mane x nye. dah macam menari sewang je ak tgk..Pepehal atok..u sempoi la.. cayalah.


x abes2 bergambor..

Arakian sudah berakhir cerita mak mlm ni. Walaupon cerita mak ni dah abes. dak2 ni x abes2 la plak ambek gambor. ade je nk ambik gambor. dah macam foreigner pulak ak tgk..tp foreigner mane haa itu kite x tahu ea..






nmpk x ade perempuan kebaya merah belakng tue?? tatootnye..

wasalam.. harap semua org boleh ambil mood utk naekkan kembali GETARI @ GErak TAri bestaRI 09. To abg shukor..doakan ea peruntukan di naekkan. Ameenn..


*~* haish.. ambek gambor je la budak2 ni.. choi nyah!hahaha
* papehal pon title mak ni akn di pakai sampai habis feseni je k..hehe
ni la rombongan foreigner yg i ckp tue.
soklan cepumas.. dr negara mane ea?
a) bangla
b) indon
c)myanmar
d)trinidad tobago??