Saturday, January 30, 2010

Musim Yang Panas


Logo Uni. Malaya yang disayangi



Umur aku sudah mula menghampiri 22 tahun.. Mula dewasa katenye. Orang kita kate usia yang sudah boleh fikir. Kedengaran gak bunyi-bunyi nakal mengatakan boleh kahwin. Ermm.. lantaklah. Usah ambil pusing ape kate orang. Pada aku dan mungkin pada sesetengah orang 22 atau lebih menandakan pemberian kuasa memilih kuasa. Kuasa mengundi org berkuasa. kekadang terfikir "sekarang YB2 kena takut dengan orang kerdil cam aku ni".Angan - angan dah tinggi melangit aku ni..hahha.


logo kedua-dua kem mahasiswa..



Melihat pada umur ni , baru aku sedar dah masuk tahun ke 4 aku di Univesiti Malaya tercinta ini. Universiti yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia dan itu termasuk aku sendiri. Menurut THES World University Ranking , Uni aku duduk ni berada pada tangga ke 180 terbaik dunia dan terbaik di Malaysia. Walaupon bukanlah sangat membanggakan tetapi cukup baik jika di ambil kira pencapaian bagi negara membangun. Ramai pihak mengaku bertanggungjawab di atas prestasi yang membanggakan ini. Tidak terkecuali pelajar-pelajar pengajian sarjana muda seperti aku ini.



~nilah gambar ketika malam pengumuman tahun 2008/2009 (Pro M menang ! dan Calon yang aku wakili gak menang!)..Semangat~



Orang kata rumah siap tukul dan pahat masih berbunyi. Itulah ibaratnya Uni. Malaya ni. Politik tak pernah sunyi menguasai suasana. Kem ini mengatakan begini, kem itu mengatakan begitu dan sebagainya. Semua nak bercakap tapi siape nak dengar pulak? Keadaan sekarang di Universiti tertua di Malaysia ini tak ubah macam politik Malaysia. Asyik bertegang urat dan menyalak antara satu sama lain. Yang mendapat kelebihan pulak tak reti-reti berhenti menghanjing pihak satu lagi. Yang kalah tak pula reti-reti bawak bersabar. Aduhai, alangkah murahnya nilai ukhwah di mata masing-masing.





~mahasiswa menuntut Pilihanraya yang bersih. Sekadar tuntut..bukannya tuduh kot..hehehe
~kalau x buat salah jangan lah terasa..


Pilihanraya Kampus Uniersiti Malaya ini tak pernah sunyi. Masuk PRK kali ini dah 4 kali aku menyaksikannya dan tiga kali aku mengundi. Secara amnya tahun lepas ialah tahun paling panas. PRK baru-baru ini pulak suam-suam kuku je. Mungkin kedua-dua kem kurang isu yang betul-betul PANAS!. Secara mudahnya, aku memang penyokong pembangkang di Universiti Malaya ini tetapi aku tidak extreme. Seriusly, aku bukan nak membangkang pon. Yelar, yang dibangkang pun kawan-kawan sekampus. Kalau jumpe saling bertukar senyuman. Takkan kerana politik kampus ini aku nak bermasam muka? Which is not me lar..


Cuma sedih kerana tak semua orang paham konsep meraikan perbezaan pendapat. Setiap manusia memang mempunyai cara berfikir yang berbeza. Itu adalah fitrah tetapi yang kalut malut kita menghina pemikiran orang lain ni kenapa pulak kan?Aiyoyo..!!


Ape-apehal pon keputusan telah dibuat. Undian telah diberikan oleh mahasiswa. Pada yang menang selamat bekerja dan pada yang kalah berikanlah sokongan pada yang menang. Kalau mahu bantah keputusan silakan tetapi buatlah pada jalan yang betul. Jangan emosi dan bersedih ( la tahzan)..dan jangan marah kerana marah itu ialah jarum-jarum syaitan.

_





~ Keputusan PRK Penggerak : 21 kerusi
Pro Mahasiswa : 17 kerusi
Bebas : 3 kerusi


** Akan ingat kenangan Pilihanraya Universiti ini sebagai memori terindah.




bersatu lah demi kebahagiaan bersama.

No comments: