Wednesday, October 7, 2009

Hatimu atau Hatiku ?

Kita suatu masa bersaudara
Suatu ketika makan bersama
Walau mungkin bukan oleh jasad kita hari ini
Tapi pasti oleh moyang kita dahulu kala

Hubungan kita ibarat menampung emas cair
Panas dan membara
Sebarang unsur kesilapan membawa rugi dan padah
Tapi masih ia sangat panas
dan terpaksa kita berkorban diri
Demi menjaga hubungan ini

Entah mengapa kurasakan
Kocakan semakin kuat akhir ini
Aku masih cuba menampung
dalam sengsara
Kerana kita pernah bersaudara
Tetapi kau semakin kuat menguji
Aku sabar

Indonesia
Kita mengatakan serumpun
Sedarah dan seUgama
Tetapi mengapa harus kau kocak lagi hubungan sedia ada
aku masih lagi tabah

Tetapi tabah dan maruah ada bedanya
Kau bisa uji tabahnya Malaysia
tetapi bukan uji maruah kami

Maaf buat saudara ku di indonesia
Sesetengah kalian benar2 sudah melampau
Keamanan kami hulur
perang kau lemparkan
Ingatlah Allah akan semakin marah
pada Kaum yang tidak bersyukur.

Walau begitu semua pihak harus bertenang
Doa ku panjatkan
Agar kau sedar
Betapa hubungan ini harus dijaga.

ps~ mendapat berita bahawa hari (08 oktober 2009) ini ialah hari yang diuar uarkn bahawa rakyat indonesia ingin menyerang Malaysia. Walau kemungkinannya tidak pasti, harap semua orang berhati2. Doa lah pada Allah semoga selamat sejahtera.

No comments: