Tuesday, October 13, 2009

Mereka

Malam belum larut ini mengingatkan aku padamu.Angin datang menyapa membuatkanku teringat kenangan lalu. Kau dan aku pernah dalam satu. Kau dan aku pernah dalam senada.
Kita tak sama walau hati kata seia.

Kau sahabat ku walau kadang aku keliru. Kau pejuang di mataku walau kadang kataku dahulu menghunusmu. Kau tetap dekat denganku walau jasadmu jauh. Hakikat tetap hakikat.
Tidak pernah kulupa hakikat persahabatan ini.

Persahabatan kita ibarat sebutir gula. Kau dan aku sama sama gula.Tika di tangan ku, kau hanya sama sebutir serbuk jernih. Jika ku jilat kau terasa manis. Kau hilang dari mataku tapi rasamu kekal bersamaku.

Walau ketikanya kau dihurungi semut. Aku tidak rela. Perlukah aku kamu sedang kamu memang sama punyaku? Namun hatiku picis. Kau ku biar pergi walau hatiku pedih.

Kini kau sudah tiada. Jauh benar dari mataku. Ufuk memisahkan kita.
Dulu kini tidak senada. Dulu kini tiada satunya.
Kita berbeda.

Semut kini sudah mati.bersama harapanku yang sudah mati.
kenanganku menginginkan kamu semula. Persis aku tidak upaya.
Kamu tidak mungkin mahuku kembali
Aku hina dalam seksa.
Persahabatan ini tetap ku tinta
Kejap dalam kesuma.

Biar masa mengubah segala
walau maut jadi penawar.
Kerna aku tidak pasti
apakah aku mampu tunggu disini
Agar persahaban ku kini kembali.

p/s : Puitis ini khas utk sahabatku yang satu2 nya kurindui setiap masa.
Namanya biarlah menjadi rahsia. Tapi ak x akan lupa pesanannya.
"tujuh manusia yang akan dilindungi di hari akhirat kelak antaranya
Dua orang pemuda yang berjumpa dan berpisah kerana Allah"

4 comments:

shafarshahril said...

jeng jeng jeng

darah bunga sahara said...

tadaaa..
motip u nox
hehehe

Adi Wahab said...

power2..
barakallah fik...

darah bunga sahara said...

mekasih adi.
nukilan rab melalui hambabya yg lemah
huhuhu