Tuesday, May 4, 2010

Politik Yang Tak Sudah-Sudah

Malang sungguh rakyat Malaysia sekarang ini. Kenapa dikatakan malang? Kerana mereka di wakili oleh mereka-mereka yang terlalu suka berpolitik sampaikan isu yang terlalu remeh temeh pon mahu disentuh. Malahan adalah lebih memalukan apabila ahli politik sekarang terlalu taksub dengan polik partisan. Politik ini pada hemat penulis hanya akan menghancurkan masa depan negara. Negara kita sudah mencecah lebih 50 tahun kemerdekaan tetapi apabila dikenang kembali mengapa umur yang sebegini masih belum memampukan Malaysia ini melahirkan tokoh-tokoh dan pemain politik yang matang.




Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor

Contoh yang paling mudah penulis boleh kongsikan ialah keadaan politik Malaysia ketika berlangsungnya Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Kawasan parlimen ini ialah kawasan parlimen penulis dan dimana penulis baru sahaja layak membuang undi bagi kawasan parlimen ini setelah ahli parlimen penulis meninggal dunia akibat barah iaitu Yb Zainal. Umur penulis sekarang ialah 22 tahun menjelang 29 mei ini. Sebermulanya pengistiharan kekosongan Parlimen Hulu Selangor ini, mata penulis tidak pernah lekang mencari maklumat-maklumat terkini berkaitan pilihanraya ini. Sumbernya mudah sahaja didapati di internet samada dari sumber perdana atau sumber alternatif.


Perjuangan di Hulu Selangor dilihat sangat penting bagi seluruh jentera pilihanraya BN dan PR. Pelbagai isu telah diketengahkan walaupon sebelum penamaan calon. Kempen telah dibuat oleh semua pihak yang berkepentingan. Ya pihak yang berkepentingan dan mereka semua terdiri daripada ahli politik serta rakyat parlimen Hulu Selangor itu sendiri. Pada yang meminta pasti dapat, pada yang memberi pula memancing undi. Semuanya wang ringgit dan kuasa punya pasal.

Penulis sendiri tak terlepas dari melihat ini semua berlaku di depan mata. Mungkin pada yang berkepentingan, semua ini bisa ditutup sebelah mata sahaja. Pengundi - pengundi Parlimen Hulu Selangor sekarang tinggal bawa pen dan kertas untuk meminta itu dan ini. Tandatangan menteri2 semua mudah diperolehi. Cakap sahaja apa yang kurang.. nak peruntukan membaiki reban ayam, atap bocor, jalan berlopak tandas sumbat, pinjaman tak diluluskan, anak nak masuk universiti senang cakap semua yang diminta pasti dapat dengan syarat undi hendaklah diberi kepada yang memberi Nikmat2 ini. Maha suci Allah yang memberikan kuasa kepada manusia-manusia ini.

Pada yang berkepentingan ini semua disambut dengan penuh kenikmatan. Syukur kepada tuhan rabbul alamin kerana menghidupkan dan mematikan ahli-ahli parlimen kami.Tapi pada yang sayup-sayup memandang kini merasa jelik. Muntah hijau tak henti-henti melihat kebobrokan ini. Semua kerana politik yang tak sudah-sudah. Pada yang menggunakan akal yang diberi sudah tentu berasa sedih dan bengap. Apakah ini maknanya politik di Malaysia?? Adakah semurah ini maruah mereka yang bergelar anak bangsa Malaysia?? Penulis jadi buntu.

Lalu penulis berfikir alangkah baiknya jika jabatan-jabatan kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang berpendidikan supaaya membenteras aktiviti-aktiviti sbegini?? Penulis suka untuk mengingatkan bahawa BN dan PR yang memerintah bukanlah anggota kerajaan. Mereka hanyalah pembuat dasar negara di parlimen dan ADUN. Yang menjalankan dasar ialah anggota kerajaan atau biasa dipanggil sebagai org gomen. Merekalah yang melaksanakan dasar tetapi penulis nampak sekarang semuanya ahli politik yang pegang. Yang susun projek ialah ahli politik, yang kaya ialah ahli politik, yang anak beranak penuh dalam GLC kerajaan ialah anak2 beranak ahli politik. Persoalannya sampai bila semua ini akan berterusan? Jawapan penulis ialah selagi wang ringgit dijadikan kiblat oleh semua org yang berkepentingan.

Siapakah yang berkepentingan ? Mereka itu ialah kita semua termasuk rakyat2 awam. Bak kata pepatah bertepuk sebelah tangan tak berbunyi. Kalau rasuah dalam bentuk bantuan ini tidak dibalas dengan undi2 temakan budi ini, semua ini tak akan jadi. Berhentilah berpolitik sempit. Berhentilah yang tak sudah-sudah. Ingatlah yang makan semua tu anak-anak kita jugak.

~Ini adalah pandangan peribadi penulis buat masa ini. Penulis juga tidak bermaksud untuk mengatakan penulis ini bebas dari menerima nikmat-nikmat itu tetapi penulis bukanlah yang meminta nikmat itu dari manusia ahli politik itu tapi penulis percaya itu adalah nikmat dari Allah.

6 comments:

Shukstarz said...

huyoooooooo...entry paling meletop yang pernah aku baca kt blog kawan2 aku...tabik spring i nok!!!!!!!!!


cayalahhh

darah bunga sahara said...

mekasih for the tabik spring abg shukor syg..hehehe

Lagipon pada saya erti hidup pada yang berkongsi..so I kongsi la pandangan yg tak seberapa ini. Semoga memberi pengajaran.

#xmo dah memondan dalam blog ni..haha

S.E.E M.E said...

btl pe yg abg ehsan tulis tuh...kite sgt2 sokong....
mase waktu kempen tuh sume parti belumba-lumba nk bg bantuan,,,bantuan beras la pakaian sekolah..mcm2 la nak bantu..nk tarik undikn...tp lepas tuh nanti x da la nk merasa bantuan pe2....

darah bunga sahara said...

ok qiss.. betul2..
so ape tindakan kite bermula dari sekarang.. jdilah pemuda yg berfikir pada negara.

shafarshahril said...

this is true
tapi, kalau xde org yg meminta, xde org yg memberi, dan kalau xde org yg memberi, xde org yg meminta. it's never being one side's fault.

darah bunga sahara said...

yes shafar ..agree sgt2
these are both parties fault.
huhuhu..