Wednesday, May 5, 2010

Glee Flashmob Kuala Lumpur

Dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran, penulis masih lagi sempat meluangkan masa melayari blog-blog, laman-laman sesawang dengan tujuan tidak menjadi mahasiswa yang ketinggalan dalam hal ehwal semasa. Antara laman web yang wajib dilayari selain Facebook ialah laman web utusan, malaysiakini, harakah, beautifulnara dan blog rakan-rakan yang belajar di luar negara. Mungkin kerana minat dan kecenderungan penulis ke atas isu-isu politik negara menyebabkan jari penulis sentiasa menggoogle apa sahaja yang berkaitan dengan politik.

Walaubagaimanapun, minat penulis terhadap dunia hiburan tidak dapat disangkal lagi. Apa sahaja yang berkaitan dengan artis akan menjadi key factor kepada penulis untuk digoogle.. Baru-baru ini . penulis baru sahaja menjenguk ke laman web Abang Nara untuk mencari maklumat terbaru dunia hiburan malaysia ini. Hasilnya, penulis telah menjumpai satu artikel yang sangat menguja isi perut penulis untuk berjoget.. Hailaa..


Glee Flashmob Kuala Lumpur



Hasil menggoogle laman web tersebut, penulis yang sedang sibuk mengulangkaji pelajarannya telah membuat satu konklusi yang tak pernah terfikir di pemikirannya. Jom pergi ke Glee Flashmob Dance KL ni.. Buat pengetahuan semua rakan pembaca, penulis telah berusaha sedaya upayanya untuk menjemput rakan karibnya iaitu saudara syahmi ibrahim untuk bersama sama beliau ke program menari Glee yang diadakan bersempena siri television terkenal Glee Club.

Maka mulai dari saat ini penulis akan bersama-sama beberapa rakannya untuk berlatih tutorial tarian yang boleh didapati di sini.

Go Glee!!

Tuesday, May 4, 2010

Politik Yang Tak Sudah-Sudah

Malang sungguh rakyat Malaysia sekarang ini. Kenapa dikatakan malang? Kerana mereka di wakili oleh mereka-mereka yang terlalu suka berpolitik sampaikan isu yang terlalu remeh temeh pon mahu disentuh. Malahan adalah lebih memalukan apabila ahli politik sekarang terlalu taksub dengan polik partisan. Politik ini pada hemat penulis hanya akan menghancurkan masa depan negara. Negara kita sudah mencecah lebih 50 tahun kemerdekaan tetapi apabila dikenang kembali mengapa umur yang sebegini masih belum memampukan Malaysia ini melahirkan tokoh-tokoh dan pemain politik yang matang.




Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor

Contoh yang paling mudah penulis boleh kongsikan ialah keadaan politik Malaysia ketika berlangsungnya Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Kawasan parlimen ini ialah kawasan parlimen penulis dan dimana penulis baru sahaja layak membuang undi bagi kawasan parlimen ini setelah ahli parlimen penulis meninggal dunia akibat barah iaitu Yb Zainal. Umur penulis sekarang ialah 22 tahun menjelang 29 mei ini. Sebermulanya pengistiharan kekosongan Parlimen Hulu Selangor ini, mata penulis tidak pernah lekang mencari maklumat-maklumat terkini berkaitan pilihanraya ini. Sumbernya mudah sahaja didapati di internet samada dari sumber perdana atau sumber alternatif.


Perjuangan di Hulu Selangor dilihat sangat penting bagi seluruh jentera pilihanraya BN dan PR. Pelbagai isu telah diketengahkan walaupon sebelum penamaan calon. Kempen telah dibuat oleh semua pihak yang berkepentingan. Ya pihak yang berkepentingan dan mereka semua terdiri daripada ahli politik serta rakyat parlimen Hulu Selangor itu sendiri. Pada yang meminta pasti dapat, pada yang memberi pula memancing undi. Semuanya wang ringgit dan kuasa punya pasal.

Penulis sendiri tak terlepas dari melihat ini semua berlaku di depan mata. Mungkin pada yang berkepentingan, semua ini bisa ditutup sebelah mata sahaja. Pengundi - pengundi Parlimen Hulu Selangor sekarang tinggal bawa pen dan kertas untuk meminta itu dan ini. Tandatangan menteri2 semua mudah diperolehi. Cakap sahaja apa yang kurang.. nak peruntukan membaiki reban ayam, atap bocor, jalan berlopak tandas sumbat, pinjaman tak diluluskan, anak nak masuk universiti senang cakap semua yang diminta pasti dapat dengan syarat undi hendaklah diberi kepada yang memberi Nikmat2 ini. Maha suci Allah yang memberikan kuasa kepada manusia-manusia ini.

Pada yang berkepentingan ini semua disambut dengan penuh kenikmatan. Syukur kepada tuhan rabbul alamin kerana menghidupkan dan mematikan ahli-ahli parlimen kami.Tapi pada yang sayup-sayup memandang kini merasa jelik. Muntah hijau tak henti-henti melihat kebobrokan ini. Semua kerana politik yang tak sudah-sudah. Pada yang menggunakan akal yang diberi sudah tentu berasa sedih dan bengap. Apakah ini maknanya politik di Malaysia?? Adakah semurah ini maruah mereka yang bergelar anak bangsa Malaysia?? Penulis jadi buntu.

Lalu penulis berfikir alangkah baiknya jika jabatan-jabatan kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang berpendidikan supaaya membenteras aktiviti-aktiviti sbegini?? Penulis suka untuk mengingatkan bahawa BN dan PR yang memerintah bukanlah anggota kerajaan. Mereka hanyalah pembuat dasar negara di parlimen dan ADUN. Yang menjalankan dasar ialah anggota kerajaan atau biasa dipanggil sebagai org gomen. Merekalah yang melaksanakan dasar tetapi penulis nampak sekarang semuanya ahli politik yang pegang. Yang susun projek ialah ahli politik, yang kaya ialah ahli politik, yang anak beranak penuh dalam GLC kerajaan ialah anak2 beranak ahli politik. Persoalannya sampai bila semua ini akan berterusan? Jawapan penulis ialah selagi wang ringgit dijadikan kiblat oleh semua org yang berkepentingan.

Siapakah yang berkepentingan ? Mereka itu ialah kita semua termasuk rakyat2 awam. Bak kata pepatah bertepuk sebelah tangan tak berbunyi. Kalau rasuah dalam bentuk bantuan ini tidak dibalas dengan undi2 temakan budi ini, semua ini tak akan jadi. Berhentilah berpolitik sempit. Berhentilah yang tak sudah-sudah. Ingatlah yang makan semua tu anak-anak kita jugak.

~Ini adalah pandangan peribadi penulis buat masa ini. Penulis juga tidak bermaksud untuk mengatakan penulis ini bebas dari menerima nikmat-nikmat itu tetapi penulis bukanlah yang meminta nikmat itu dari manusia ahli politik itu tapi penulis percaya itu adalah nikmat dari Allah.