Sunday, January 31, 2010




ahli team makan-makan..yumy..tgk perut semua keluar..hahaha

Untuk itu, post kali ini nak menceritakan sebabnya ak menjadi 'tembam'. Bertemankan 2-3 orang makhluk kaki makan macam abang dayat, kaka, yazid n syahmi memang sangat menggoda iman aku. Nafsuku memang tiada lain iaitu MAKAN DAN MAKAN. Mereka ni bukannye anak orang kaya pon tapi pasal makan kitorang takkan berkira. So kali ini akan aku ceritakan pasal hobi makan2 aku di SEOUL GARDEN, BANGSAR.

tersengih makan sayur..

Seoul Garden ni kedai makan buffet yg main dish die is BBQ n Steamboat. Banyak gile r n paling penting is sedap!! Makanan mentah dan marinade tu kitorg grill sendiri atas pan.


masak-masak dan makan..


So masuk dari kul 8.30 malam sampai la 10.30 malam. Makan, makan. makan dan makan..

Kat dalam kedai ni xyah malu-malu sebab semua org pon kaki makan gak.
Kalau nak cube boleh la. Bayarannya is RM40++ la utk satu kepala.

Lepas habis makan dan dengan perut keboyotan..kitorang memasing pulanglah ke kolej..Masuk dalam teksi je kitorg terus cakap dah x kenyang balik. Ermm..sampai kolej tgh malam tu kitorg makan lagi..hahahha.. Seswai la ngn title perut anaconda memasing.


Ketika menunggu teksi dengan perut yg boyot..

Sekian.

Saturday, January 30, 2010

Musim Yang Panas


Logo Uni. Malaya yang disayangi



Umur aku sudah mula menghampiri 22 tahun.. Mula dewasa katenye. Orang kita kate usia yang sudah boleh fikir. Kedengaran gak bunyi-bunyi nakal mengatakan boleh kahwin. Ermm.. lantaklah. Usah ambil pusing ape kate orang. Pada aku dan mungkin pada sesetengah orang 22 atau lebih menandakan pemberian kuasa memilih kuasa. Kuasa mengundi org berkuasa. kekadang terfikir "sekarang YB2 kena takut dengan orang kerdil cam aku ni".Angan - angan dah tinggi melangit aku ni..hahha.


logo kedua-dua kem mahasiswa..



Melihat pada umur ni , baru aku sedar dah masuk tahun ke 4 aku di Univesiti Malaya tercinta ini. Universiti yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia dan itu termasuk aku sendiri. Menurut THES World University Ranking , Uni aku duduk ni berada pada tangga ke 180 terbaik dunia dan terbaik di Malaysia. Walaupon bukanlah sangat membanggakan tetapi cukup baik jika di ambil kira pencapaian bagi negara membangun. Ramai pihak mengaku bertanggungjawab di atas prestasi yang membanggakan ini. Tidak terkecuali pelajar-pelajar pengajian sarjana muda seperti aku ini.



~nilah gambar ketika malam pengumuman tahun 2008/2009 (Pro M menang ! dan Calon yang aku wakili gak menang!)..Semangat~



Orang kata rumah siap tukul dan pahat masih berbunyi. Itulah ibaratnya Uni. Malaya ni. Politik tak pernah sunyi menguasai suasana. Kem ini mengatakan begini, kem itu mengatakan begitu dan sebagainya. Semua nak bercakap tapi siape nak dengar pulak? Keadaan sekarang di Universiti tertua di Malaysia ini tak ubah macam politik Malaysia. Asyik bertegang urat dan menyalak antara satu sama lain. Yang mendapat kelebihan pulak tak reti-reti berhenti menghanjing pihak satu lagi. Yang kalah tak pula reti-reti bawak bersabar. Aduhai, alangkah murahnya nilai ukhwah di mata masing-masing.





~mahasiswa menuntut Pilihanraya yang bersih. Sekadar tuntut..bukannya tuduh kot..hehehe
~kalau x buat salah jangan lah terasa..


Pilihanraya Kampus Uniersiti Malaya ini tak pernah sunyi. Masuk PRK kali ini dah 4 kali aku menyaksikannya dan tiga kali aku mengundi. Secara amnya tahun lepas ialah tahun paling panas. PRK baru-baru ini pulak suam-suam kuku je. Mungkin kedua-dua kem kurang isu yang betul-betul PANAS!. Secara mudahnya, aku memang penyokong pembangkang di Universiti Malaya ini tetapi aku tidak extreme. Seriusly, aku bukan nak membangkang pon. Yelar, yang dibangkang pun kawan-kawan sekampus. Kalau jumpe saling bertukar senyuman. Takkan kerana politik kampus ini aku nak bermasam muka? Which is not me lar..


Cuma sedih kerana tak semua orang paham konsep meraikan perbezaan pendapat. Setiap manusia memang mempunyai cara berfikir yang berbeza. Itu adalah fitrah tetapi yang kalut malut kita menghina pemikiran orang lain ni kenapa pulak kan?Aiyoyo..!!


Ape-apehal pon keputusan telah dibuat. Undian telah diberikan oleh mahasiswa. Pada yang menang selamat bekerja dan pada yang kalah berikanlah sokongan pada yang menang. Kalau mahu bantah keputusan silakan tetapi buatlah pada jalan yang betul. Jangan emosi dan bersedih ( la tahzan)..dan jangan marah kerana marah itu ialah jarum-jarum syaitan.

_





~ Keputusan PRK Penggerak : 21 kerusi
Pro Mahasiswa : 17 kerusi
Bebas : 3 kerusi


** Akan ingat kenangan Pilihanraya Universiti ini sebagai memori terindah.




bersatu lah demi kebahagiaan bersama.

Saturday, January 23, 2010

Novel

Bersawang sungguh sudah blog aku nie. Maaf diminta kepada sesiapa yg kadangkala menjenguk ke blog aku yg x seberapa ni. Bukan niat di hati utk membiarkannya bersawang tapi kekangan masa dan kemalasan melanda. (padahal memang malas pon)

kebelakangan ini aku ade hobi baru. MEMBACA NOVEL. Dalam bulan nie saje aku berpeluang membaca lebih daripada enam novel. Banyak sangat tajuknya sampai aku tak ingat. Aku bukanlah peminat novel tegar sebelum ini. Cuma kadang kala apabila ada masa yang teramat lapang, barulah aku akan meluangkan masa membeli dan membaca novel. Pilihan novel aku kebanyakannya berbahasa melayu.

Bukan tidak terfikir ingin membaca novel berbahasa Inggeris tetapi aku sendiri tahu keupayaan ak berbahasa inggeris yg lemah ini. Bila baca 10 muka surat mata aku rasa nak terpejam aje. Feeling kurang jadinye. Bercerita mengenai novel ni, ak ni jenis yang suke tanya org novel ape yg patut ak baca. Yelah kekadang ade penulis yg klise menghidangkan bahan bacaan tyipikal cinta. Walaupon pada hemat aku penulisannya bagus dan sampai kekadang aku mengharapkan sesuatu yg lebih. Nanti melayang free je duit ak membeli novel yg tak seberapa.



Memilih novel utk dibaca memerlukan pengamatan yag teliti. Kebiasaannya aku memilih novel yg ditulis oleh penulis2 yg terkenal dengan kelainanpenulisan mereka. Penulis seperti Ramli Awang Murshid, Norhayati Berahim dan Faisal Tehrani selalu menjadi pilihan. Setiap seorang memliki kelebihan tersendiri. RAM sangat teliti dalam plot serta sarat dengan mesej. Himpunan dari novel ADAM, TAMBIRuO, UNGU KARMILA dan terbaru Siri BAGAI PUTERI, CINTA SANG RATU dan terbaru sekali ialah 9 NYAwA. Pada aku RAM versatil dan plotnye susah diduga. Kawan kawan kalau ade kelapangan ak nasihatkan boleh beli novel2 die ni.

Cerita nie ade 3 siri..so nk paham kena beli dari Bagai Puteri

9 Nyawa , macam mitos nyawa kucing plak..



Penulis baru yang singgah dalam senarai penulis paberet aku ialah Siti Rosmizah. Aku sejujurnye tak pernah pon baca novel die ni. Aku terbeli pon secara tak sengaja time aku keluar ke Mid Valley hari tue. Yang bestnye cerita nie ialah bile terbaca je satu ayat kite akan terus membaca sampai habis. Aku x pernah marathon membaca novel and this is the first one. Aku baca pukul 12 tgh hari sampai la kul 11 malam dengan segala macam emosi.
the Must Read Novel of The Year

Novel CINTA KAU DAN AKU ini menceritakan mengenai cinta Farisha dan Farish yang sangat buat aku ketawa dan menyayat hati. Kisah dorg nie ak ingatkan simple je memula sbb jumpe2 pastu kahwin.Pastu nocel cerita macam mane cinta selepas kahwin. Aih, ni jarang berlaku dalam novel. Aku nak cerita kat sini pon x thriill nanti tapi jujurla ak katekan kt kekawan semua this novel IS MUST READ NOVEL. X pernah ak baca novel sampai air mata aku meleleh2 keluar tak berhenti. Malu seyh ngaku nanges tapi itulah hakikatnye.

Kalau kekawan nak pinjam boleh je tapi satu hari je r.. Skrg pon novel tu bukan kat tangan ak buat masa nie. Papepun kalau boleh beli r sendiri, sayang nk kasi org pinjam ni.Hhehehehe

~kalaulah membaca novel nie se best membaca nota2..