Wednesday, February 18, 2009

Dalam Sinis

Apabila mulut mula berkata AaAaA..

Hati tangan kaki mimik muka pulak berkata BbBbBbB....

Apabila kata2 manis menari nari keluar di alun lidah..

Gerak badan tegak menyindir tidak sudah..


Pergh kata2 jejiwang yang aku x tahu datang dari mana
yang penting aku memng biasa dalam dunia menyidir dan makan dalam ni
Bukan niat di hati mahu riak membangga kebolehan hamba dalam hal2 sebegini..
tetapi cukup sekadar berkongsi segala pesona indah kata2 bait memukul jiwa...
Rasanyaa tak lengkap ajaran hamba kalau tidak didefinisikan
SINDIR itu sendiri..
sangat mudah penjelasannya dan sentiasa kekatkan di jiwa pesanan dari hati ini.
SINDIR itu mukadimah sebelum ayat sentap menyentap dihulurkan dengan tidak terkawal..

Contohnya :

Giller baik ko kat aku..Kolah orang pertama yg aku jumpe
kawan makan kawan.. Even malaikat yg baik pon x makan kawan die.
Sungguh mulia hati ko.. Aku yakin syurgalah firdaus la tempat tinggal ko selamanya..


(sentap x sentap ! tp nada suara biar cam biase je muke pon buat bodoh)

Petua Menyindir

1) muka kena tebal.. (jangn simply tunjukkan kepanasan hati anda di hadapan musuh anda.

2) ayat kena sangat contradict ( kalau org tu hati die sgt jaat kpo cakap le die sgt mulia terpuji dan segala.

3) alert ! pastikan segala point di deliver dalam keadaan tersusun

4) sediakan benteng di dalam hati sekebal2 nye.. yelah,..kalau nk sentap org hati kena tahan la.

5) kalau org tu musuh ramai org.. maka sentap dengan kuat. Dan buat di hadapan org ramai.

6) pastikan sindir sambil gelak.. seolah2 kamu sampaikn secara humor padahal sentap segala.

7) jangan sentap je.. takut ade setengah orang xleh kena sentap secara sinis. Cume applicable kpd org yg suke menyindir dan juga org yg cari kuasa dan populariti . So kalau sentap die xkn boleh lawan balik sbb mahu jaga nama die..haha


Sekian kelas dari saya .

Sentap jgn x sentap!!!

Tuesday, February 17, 2009

Blog Entry Pertama Di Tahun 2009

Tak banyak yang mampu aku ungkapkan secara detail dalam blog entry kali ini. Ialah nak menulis ini sangat memerlukan kebolehan dan isi yang mantap bagi mengelakkan anda2 semua yang membaca blog saya dari berasa bosan. Walaubagai,manapon say berjanji akan berusaha mencari ruang dan kesempatan pada bila-bila masa saja yang dapat. Almaklumlah sekarang ini masa sangat mencemburui saya yang memikul banyak tanggungjwab dan tuntutan yang mengekang.

So, hari ini saya hanya dapat menceritakan sedikit sahaja dari kehidupan tahun 2009 dan perancangan hidup dalam masa2 terdekat ini. Buat pengetahuan semua saya telah berjaya menghabiskan kesemua siri fieldwork beberaa minggu yang lepas. Fieldwork yang terakhir ini menyentuh disiplin ilmu geologi yang agak sukar. Sebagai conttoh aktiviti mapping yang biasanya dilaku dalam skala besar kini telah di upgradekan kepada skala kecil. So ini memerlukan seorang geologist sekurang2nya mahir dalam beberapa terminolgi dalam dunia geologi struktur. Susah ke? Memang susah dan sekarang ini saya sedang mncuri masa bagi berblogging sedangkan due date penghantaran laporan nya adalah esok.Hiuhuhuh..Memang dah adat saya ni suka menangguhkan kerja. Agaknya bila lah saya dapat menghilangkan habbit buruk ini agaknya.

Sambil saya menulis blog inin, ligat dalam kepala otak saya memikirkan tugas2 yang banyak menanti dalam masa terdekat. Yang paling merumitkan kepala ini ialah bebanan kerja yang saya terima selaku Penolong Pengarah Kem Belia Aspirasi Alaf BAru (KEMBARA 09) dalam skop pengisian. Kepala dok ligat memikirkan segala activiti yang akan dirangkaa. Ape2 pon Alhamdulillah kerana semua ajk memberi sepenuh kepercayaan kepada saya dalam merangka projek ini. Syukur banyak2 sebab saya diterima menjadi Penolong Pengarah ini sedangkan saya hanya masuk kembali ke dalam kolej in bermula dari 2nd semester ini yakni x sampai pon 2 bulan. Bila difikirkan kembali mungkin ada hikmahnya saya keluar dari rumah sewa dahulu. Sekarang ini kepala x ditimpa dengan masalah yang menghenyak jiwa raga segala.

Ape2 pon saya bangga kerana projek kali ini berjaya menjadi projek mahasiswa bilaman tidak ade langsung campurtangan secara kuku besi oleh pihak kolej terutama oleh YB. Semua pon dengan kebijaksanaan berpolitik yng telah ditunjukkan oleh MT 2 projek ini. Sekarang KEMBARA boleh berbangga kerana ini adalah satu2 nya projek besar kolej yang berjaya mendapat tajaan penuh sebanyak +- RM 50,000.oo oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia tanpa kami sebagai mahsiswa hilang prioriti dalam projek sendiri.

InsyaAllah projek ini akan diadakan pada 6,7,8 march di gombak. Secara keseluruhan nya projek ini boleh dibanggakan dengan penglibatan aktive semua ajk dan MT. Terima kasih terutamanya kpd Kak bahiyah..sakinah dan aqil. sangat supportive semuanya. Harap2 projek ini di iktiraf sbg projek terbaik kolej pada tahun ni even though YB x setuju. Hurm..kalau pon x di iktiraf sekalipon rasanya projek ini antara yg terbaik dalam semua projek kolej kk4 UM ni.

Nantikan entry seterusnya yang akan membawa cerita persiapan program ini secara keseluruhannya. Hurm..Lupe plak yang projek ini akan mempromotekan Balai Islam KK4. Hidup Balai Islam.