Wednesday, February 24, 2010

Kaki Shopping


'bang jom shopping bang" ni dah sehari i x shoppping ni.. matiler kalo ak jadi laki korg..haha

Siape kaki shopping angkat tangan!!!!! PErgh ramainye.. nampak mcm semuanya perempuan..Jap sorg.2..3..4.5..10..19..30..eih.. ramai gak laki.. Erm,,, tilik muke sorg2,.. lelaki str8 ni..
ADOI.. ramai gak lelaki kaki shopping .. Adakah ini bermaksud lelaki sudah ramai bernaluri wanita? atau suasana sekarg dah x banyak berbeza antara kedua2 gender ni. Confuse gak..

Aku? aku plak mmg kaki shopping dari kecik sampai la ni..hahaha Bila masuk shopping compleks n nampak je potongan 40%..50 % 90 % ayoooOOO rambang bijik mate.. Kekadang tu mmg tahu tak de keperluan membeli.. Tapi dah hobi nak buat camne..hahaha

Kenape ak tetiba cerita menda2 shopping ni? Cenggini.. td ak baru g OU n terbeli perfume GIORGIO ARMANI ~Attitude Extreme.. OMG..tgk betul2 TERBELI..!!! hahaha Original?? Konpom la.. harga..?? Jangan tanye.. hohoho Kebetulan dalam wallet aku ade terbawak duit lebih..
meletops... org kate rumahku syurgaku..ini rumahku duitku. haru mak kaya nyoi..
cenggini la perfume ala2 jantan aku beli td..

KEsimpulan? * matila kalau aku berterusan dengan habit cenggini.. jadi cam pengemis kat bwh ni la jawabnye

Don't be afraid to get rejected


tempat melepak yang besh..

Semalam saya melepak di kedai buku di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya. Sebabnya saya tengah mempunyai masa lapang yang agak lama sebelum KLOMPE ( bilik sumber Geologi) dibuka. Maka kesempatan yang ada itu saya gunakan untuk sesuatu yang berfaedah katenye. Fikir punya fikir saya pon decide nak cari self-help book kt rak buku.

ayoma.. rejection gile besar ni..haha

Mata dok melilau la mencari banyak2 buku kat sana. Tetiba ternampak satu judul yang sya rasa pelik. "DON'T BE AFFRAID TO GET REJECTED". Ape punye tajuk dah kataku dalam hati. Memula baca memang x paham2 la. Almaklumlah we read in different language and terminology. Selak punya selak lastly aku terbaca phrase ni.

~ A multinational company in US certainly has a decrease number of good applicant for their top position in their company. An ad @advertisement have been posted in newspaper for 4 major city in US including New York, Chicago , LA and Washington. The ad was set in two different pages without state what kind of position they want. The first ad state the salary is 30,000 USD per year while the next page stated the salary would be 300,000 USD annually. For the cheaper salary, the ad end up with tons of application from this 4 city but sadly the summation of applicant for the 300,000 USD salary end up with only 5 application. only 5 APPLICATION!.

Kena confident macam kucing ni la agaknye er..


So dorang pon bincang la n realize that many candidates are afraid of the fact that they will get rejected. NI kat negara maju macam US..kalau kt Malaysia apetah lagi. The point now is author ni suh kite jangan takut untuk mencuba. Walaupon secara ironi nya kita akan fikir yg kite nyew result ni akan simply2 kena buang dalam tong sampah tapi jangan set dalam pale otak kite yang kita akan di reject sebelum mencuba.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Buat pengetahuan kawan2 , aku baru berjumpe dengan penasihat akademik ak hari isnin yang lepas. Penasihat akademik aku ialah Pn Noorliza n aku buat tesis under supervision Dr Ahmad (suami Pn noorliza).

Inilah ghupe tesis yang aku buat nnti..hehe

Suddently, puan tanye aku mengenai tajuk tesis ak skrg n progressnyew. (tjuk tesis dulu ialah aplikasi resistivity terhadap fasa peluluhawaan kawasan Tanjung Malim)
Aku ngn termalu alah pon mengaku lah no progression n the reason is I dunno what to progress. Susah woo buat tesis kalau buat tajuk yang x diminati. PA aku pon tanye r ape yg aku minat. Terbongkar la cerita yang ak ni minat n terer GEoChem which I am the only guy in my department yang manage to get A. Hak2 bangga jap.. Uih..so my PA pon impress la..
She advise la aku yang bunguk ni supaya tukar tajuk tesis ak. Masalahnya..


cenggini la muke aku time fikir masalah ni..aiyoo

Masalahnye boleh ke aku tukar tajuk tesis aku pas dah hanto proposal? Pastu sempat ke aku nk buat semua benda balik dari awal? Ayoyo.. Pas pikir punya pikir aku dengan puan noorliza g jumpe Dr Ros Fatehah. She is an expert in Karst Geomorphology. Btw. Aku mmg ade niat nk buat bawah Dr Ros ni dulu tapi entahla ade la macam2 reason buat aku tukar n pilih Dr Ahmad as my supervisor. Melangkah nk g bilik Dr Ros ni hati aku dah dup dap dub dab. Takut kena marah.hehehe.. Padahal bile aku melangkah masuk je n diberitahu aku nk buat tesis under her supervision, mukle Dr Ros macam nak melompat kegumbiraaannn,..huhuhuhu,, X sangka ..ingatkan nk marah. Pergh lega siot.

Then aku n my new supervisor pon teruslah bincang2 borak2 ape kebenda aku rase aku nak buat. Dalam hati aku ni rase bersyukur sangat2. Dah la dapat buat tajuk yg aku paham language die dan pada masa yang sama aku dapat buat tesis dekat tempat yang masyuk punye. Org laen site sume tgh panas aku sorg je buat kerja dalam gua!! Dah tu gua aku study tu betul2 kat TAMBUN LOST WORLD, IPOH..tmpt ni korg google sendiri la ea.
wow..nampak batu kapus blkang tue? tue la tampat kajian I nnti.. sambil tgk batu sambil usha..hehehe

Uish..happy siot.. MAsuk dua hari ini dah banyak gak kerja yang aku dah buat. Harapan aku cume satu je. Aku mesti dapat A untuk tesis ni. Amin..

Monday, February 22, 2010

Energy for the future



Kite semua selalu dengar mengenai tenaga alternatif this lately. Semua suratkhabar, blog, free web journal mengulas mengenai isu ini. So dari pembacaan ini ramai dah sedar sejauh mana pentingnya kita mencari sumber tenaga alternatif untuk anak cucu kita.

Dalam sedar x sedar kat sekolah dulu pon kite ade belajar pasal tenaga ni. Ingat lagi kot time aku darjah 4 ke darjah 5 cikgu terangkan kite energy ade yg x boleh diperbaharui dan boleh diperbaharui. Sebabnya ade sesetengahnya yang mengambil masa terlalu lama untuk dibuat contohnya minyak. Minyak paling muda pon umor juta2 tahun dan berkualiti rendah.

Maka timbul la idea nk cari sumber baru mcm buat empangan hidroelektrik. Cakap memang mudah tapi hakikatnya sangat payah. Untuk membuat satu empangan kita kena belanja billlion2 punyer. Lagi satu hal sbb kite kena cari tempat yang seswai. Dulu aku igt empangan boleh buat ke memane je asalkan kt gunung n ade sungai. Sbebnarnya tidak. Kena kaji geologi kawasan tulah.. kesan alam sekitar dan sebagainya yang terpaksa kita korbankan.

Skrg ni banyak kumpulan saintis yng sedang berusaha mencari tenaga baru. Ak suke untuk berkongsi mengenai penemuan terbaru oleh sekumpulan saintis di US. Dorang ni menjumpai teknik menukarkan bahan makanan terbuang jadi glukosa dan kemudian ditukar menjadi bahan bakar ethanol. Contoh simple ialah dorg tukar kulit limau yg kite makan tu laa. Dorang akan campurkan cocktail @ campuran beberapa jenis enzim kepada kulit limau tu tadi untuk menjadikan kulit limau tu jadi glokosa @ gula. Untuk pengetahuan semua, kaedah ini masih dalam peringkat kajian dan dijangka memberi kesan yang positif.


KOrang ingat x setahun lepas ade krisis makanan? Itu semua berlaku sebab semua syarikat peladangan antarabangsa berebut tukar ladang pertanian dorang yng berteraskan makanan kepada ladang penghasilan bahan bakar biodiesel atau bahan bakar ethanol. Cuba bayangkan semua bahan makanan ditukar jadi bahan bakar , kite semua nk makan ape lah kan? Mybe teknik ini akan membantu.

teringat aku pernah terlihat jangkaan mengenai simpanan minyak di malaysia yang ditampal dekat bilik bacaan student master hari tu. Jangkaannya ialah Malaysia masih mempunyai sekita 10 tahun je lg simpanan minyak. So lps spoloh tahun nnti susah la kite dah xde minyak dan berharap minyak org laen. Harap2 student2 geologi cam aku ni dapatlah mencari sumber minyak yang baru memandangkan teknologi2 biodoesel dan ethanol tu masih lagi belom establish.

Sekadar perkongsian korang boleh baca article ni http://www.sciencedaily.com/releases/2010/02/100218090814.htm. Memang menarik.

Tuesday, February 9, 2010

Siapa Tahu HUjungnya Kita?

Tetiba rasa nak sangat update blog ni. Biasanya just rajin baca blog org jer. Hari ni pon nk update mengenai aku terbaca sebuah blog kenalan baru ku kini. Kawan2 bacalah kalau berkesempatan http://masafzal.blogspot.com/ . Bagiku it is inspiring and touching.

~ teringat nikmat yang telah Allah berikan padaku yang tak kusyukuri. Astaghfirullah.